
Bila
cakap pasal kartun, aku mesti akan ingat aktiviti hujung minggu aku
bila tak de sekolah ganti dan sebagainya. Waktu itu aku akan
menghabiskan masa dihadapan TV seawal jam 9 pagi selepas mandi.
Maklumlah, sebelum pukul 9 tu, mesti cerita pasal berita, tak pun pasal
Jom Heboh anjuran TV3 tu. Macam-macam kartun yang akan aku tengok time
tu. Lepas satu ke satu sampailah pukul 12 tengah hari,
bersambung-sambung. Kat sini aku senarai kan 25 Kartun Paling Popular
yang mungkin korang pun tengok sekali.
25 Kartun Paling Popular.

1.
Mickey Mouse. Biasanya
kartun ni bersiaran dekat tv3 dalam rancangan club disney. Kalau tak
silap aku, pengacara dia ialah abang Nas. Tah manalah dia sekarang kan.

2.
Popye.
Kartun yang suka makan sayur ni, aku suka tengok bila dia dengan
seorang lagi tu berebut satu perempuan. Akhirnya Popye gak yang dapat
perempuan tu. Dah beranak pinak dah pun.

3.
Bugs Bunny. Bugs Bunny ni adalah arnab bijak yang sentiasa pakai sarung tangan putih. Woah!

4.
Daffy Duck. Dia ni kawan baik kepada Bugs Bunny. Tapi kadang-kadang kesian gak kat dia. Asyik kena je.

5.
Scooby-Doo And Shaggy. Ingat lagi dengan lelaki dan anjingnya ni? Siap buat filem lagi tu. Tahun berapa filemnya tu, aku dah lupa.

6.
Winnie The Pooh. Yang ni aku tak berapa layan. Tapi aku yakin, awek-awek suka layan kartun ni masa kecil dulu.

7.
Tweety Bird And Sylvester. Dari
dulu sampai bila-bila, kucing (sylvester) tak kan dapat makan burung
(tweety bird) tu walaupun nenek tua tu tak de. Kucing tu siap kena
belasah dengan anjing penjaga rumah tu adalah. Woah!

8.
Pink Panther. Kalau tak silap aku, kartun ni bersiaran dekat TV2. Permulaan dia pun dah meleret. Akhirnya, aku tutup tv. haha.

9.
Donald Duck. Walaupun sepatah haram apa yang dia sebut aku tak paham, aku tetap minat kartun ni. =)

10.
The Power Puff Girls. Kepada kaum adam, jangan buat malu kalau korang tengok kartun ni.

11.
Fred And Barney. Kartun zaman batu ni. Walaupun zaman batu, tetap moden. Ada tv, kereta dan macam-macam lagi.

12.
Naruto Kartun ni aku tak tahu bilalah dia nak habis. Aku rasa aku dah tengok dekat 5 tahun, tak habis-habis gak.

13.
Mr.Bean. Jangan tipulah kalau korang tengok kartun bisu ni tak tergelak walaupun versi animasi. =)

14.
Pikachu. Kartun ni dak laki suka sangat tengok. Aku tak tahu kenapa dorang suka sangat tengok.

15.
Spiderman. Aku suka tengok filem dia je. Yang kartun tak berapa minat.

16.
Superman. Hebat kartun ni. Tukar baju dalam beberapa saat je. Tu yang jadi punca spender kat luar. haha.

17.
Batman. Ni lagi satu kartun yang pakai spender kat luar. Mungkin tak nampak kot, maklumlah, batman ni keluar time malam je. =)

18.
Bleach. Kartun dua alam ni. Kalau tak tengok dari mula, memang korang tak kan paham.

19.
Doremon. Walaupun
boleh keluarkan macam-macam barang untuk bantu rakan-rakan dia, Doremon
tak de alat untuk membantu dia dari takut kepada tikus.

20.
Heckle And Jeckle. Burung yang berpengaruh.

21.
SpongeBob SquarePants. Span kuning yang tenang hidupnya didalam laut. Dia juga pembuat burger yang hebat. =)

22.
Simpsons. Dulu aku ada baju kartun ni. Tapi sekarang tah kemana hilangnya. Dah la baju tu dapat percuma.

23.
Shin Chan. Budak kecil yang patang jumpa perempuan. Asyik nak mengurat je. Ikut sangat perangai bapak dia tu. hehe.

24.
Tommy and Jerry. Bila dah dapat tangkap, terlepas lagi. Cam tu la pusing-pusing cerita ni sampai bila-bila.

25.
Upin dan Ipin. Ni yang paling popular sebenarnya, sebab tu aku letak paling last.
sumber:http://www.sukacuka.com/2012/09/25-kartun-paling-popular/
0 komentar:
Posting Komentar